Perkara itu dicapai selepas satu dekad Deklarasi Cebu mengenai perlindungan dan hak pekerja migran ditandatangani sebelum ini.


Dokumen yang ditandatangani hari ini ialah Konsensus ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi Hak Pekerja Migran sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.


Berjuta-juta rakyat Indonesia dan beratus ribu pekerja dari negara-negara lain telah bermigrasi ke negara jiran seperti Malaysia dan Singapura bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.


Setiausaha Buruh Filipina, Silvestre H. Bello berkata, perjanjian yang ditandatangani sangat penting kepada pekerja-pekerja migran tersebut, termasuk 212,435 pekerja Filipina yang bekerja di Asia Tenggara.


Sepuluh ahli anggota ASEAN telah bersetuju untuk membangunkan kerangka kerja kerjasama dalam melindungi kebajikan pekerja-pekerja migran di rantau ini.


Antara perkara utama diberi perhatian kepada deklarasi pekerja migran itu ialah agar mereka mendapat layanan sewajarnya, dihormati dari segi hak ahli keluarga, larangan merampas passport, yuran bekerja terlalu tinggi, gangguan di tempat kerja, gaji lebih baik dan sebagainya. – UTUSAN ONLINE