Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini KPDNHEP telah berjumpa dan menerima maklumat lengkap daripada pegawai kementerian dan semua pemilik kedai berkenaan sebelum membuat keputusan muktamad.

“Ada tiga kemungkinan terhadap operasi KR1M 2.0. Pertama kita teruskan, kedua kita akan tutup dan ketiga, kita akan teruskan operasi dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

“Apa yang penting sekarang adalah matlamatnya untuk rakyat terutama yang berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang akhbar semasa Program Citarasa Malaysia anjuran Tesco, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE