Menurut kenyataan yang dikeluarkan pengurusan FAO, promosi itu bermula hari ini sehingga Isnin depan di medan selera Citarasa Melaka di dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Kedua-dua sajian ini merupakan menu terbaharu yang disediakan istimewa dan khusus untuk pelanggan FAO sempena Hari Malaysia kali ini.

“Harga RM1.60 untuk setiap hidangan dipilih kerana ia melambangkan tarikh sambutan Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 haribulan September,” kata kenyataan itu hari ini.

Orang ramai dipelawa untuk mencuba menu hidangan itu yang disediakan di pusat beli-belah tersebut pada hujung minggu ini yang menawarkan sehingga 80 premis menjual pelbagai jenama fesyen, sukan dan aksesori serta barang kemas. - UTUSAN ONLINE