Dengan kecanggihan teknologi, impian ini pasti akan terlaksana. Atas keprihatinan terhadap kepentingan air sebagai keperluan utama dalam kehidupan,

Syarikat Coway yang mula beroperasi sejak tahun 1989 telah mengambil tanggungjawab untuk mencipta teknologi yang mampu menghasilkan air yang berkualiti, bersih dan selamat buat masyarakat seantero dunia.

Sebagai pakar dan pembekal kepada gaya hidup sihat yang berwibawa selama 28 tahun, Coway Malaysia sangat berbesar hati menampilkan 4 episod Mini Drama bertajuk Masam Manis Param yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Astro Ria istimewa sempena Ramadhan 2017 ini.

SINOPSIS MINI DRAMA MASAM MANIS PARAM

Mini drama ini mengisahkan tentang 2 keluarga yang bersaing sesama sendiri dalam perniagaan mereka di Bazar Ramadhan iaitu Pak Li dan Mak Yah. Pak Li tidak menyukai Mak Yah, tetapi berbeza dengan anak-anak mereka. Anak lelaki Pak Li telah jatuh hati kepada anak perempuan Mak Yah. Walau bagaimanapun, kisah cinta mereka terpaksa dirahsiakan daripada keluarga demi kebaikan bersama.

Siapakah di antara mereka yang berjaya memenangi hati para pelanggan? Apakah kesudahan persaingan antara Pak Li dan Mak Yah? Bagaimana pula dengan kisah cinta anak-anak mereka, adakah hubungan mereka dapat diselamatkan atau terputus di tengah jalan?

Nantikan jawapan bagi persoalan-persoalan ini dalam 4 episod Mini Drama berjudul Masam Manis Param terbitan Coway Malaysia dengan durasi 2 minit setiap episod yang akan

bersiaran di Astro :

Astro Prima : Bermula 29 Mei 2017, setiap Isnin, jam 8.58 malam.

Astro Ria : Bermula 30 Mei 2017, setiap Selasa, jam 10.58 malam.

Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan Mini Drama ini di Astro, ulangan bagi setiap episod akan dimuatnaik di laman Facebook Coway Malaysia

KEISTIMEWAAN COWAY MEMIKAT HATI

Dengan harga mampu milik bermula serendah RM70.00 sahaja sebulan, Penapis Air Coway ini semestinya cukup istimewa untuk dimiliki kerana pengguna akan memperoleh :-

 Servis PERCUMA setiap 2 bulan selama 5 tahun

Selain itu, melalui Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Coway yang terbesar di dunia dengan sejumlah 370 orang penyelidik bertaraf dunia, teknologi yang serba canggih telah dicipta bagi memastikan penapis air jenama Coway ini adalah selamat dan bersih untuk diminum serta digunakan dalam kehidupan seharian.

Dengan sasaran untuk memberikan kualiti terbaik kepada pengguna, setiap penapis air perlu menjalani 1 juta ujian sebelum ianya sampai ke tangan pengguna.

6 JUTA RUMAH DI SELURUH DUNIA SUDAH MEMILIKI COWAY, BAGAIMANA DENGAN ANDA?

Dengan gelaran The Water Specialist ™ , Coway Malaysia terbukti sebagai peneraju utama dan Jenama Penapis Air Nombor 1 pilihan rakyat Malaysia dan Korea.

Melalui pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima daripada banyak pihak, ianya mengukuhkan lagi jenama Coway ini dan sudah pastinya kehebatan Penapis Air Coway ini tidak dapat disangkal lagi.

Tidak hairan mengapa 6 juta rumah di seluruh dunia sudah memiliki Coway, bagaimana pula dengan anda?

PENAPIS AIR COWAY PILIHAN TERBAIK, JENAMA YANG DIYAKINI

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat semua rakyat Malaysia yang telah memiliki Penapis Air Coway ini.

Bagi yang sedang mencari jenama penapis air terbaik, teliti dan buat pilihan yang tepat demi kebaikan bersama. Coway Malaysia menjanjikan kualiti terbaik dan kebaikan berterusan sepanjang anda memiliki Penapis Air Coway ini.

Sempena Ramadhan ini, sucikan hati, bersihkan jiwa, seribu kemaafan dipinta.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak daripada Coway Malaysia.

Jangan lupa temujanji kita di Astro Prima dan Astro Ria Ramadhan ini!