Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nanas Malaysia tembusi pasaran China

BEIJING 13 Mei – Eksport nanas negara dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM320 juta setahun menjelang tahun 2020, berikutan kejayaan produk tersebut me­nembusi pasaran negara China diiringi keupayaan industri untuk menambah kapasiti penanaman dan pemprosesan.

AHMAD SHABERY CHEEK
AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pintu pasaran China berjaya dibuka untuk produk nanas Malaysia apabila kedua-dua negara menandatangani Protokol Keperluan Fitosanitasi di sini hari ini.

“Kebenaran eksport ini men­cerminkan keyakinan China ter­hadap mutu hasil pertanian kita, sama ada dari segi kebersihannya, keselamatannya, mahu pun keenakannya,” kata Ahmad Shabery.

“Untuk permulaan susulan daripada kebenaran ini, industri nanas kita telah mempunyai keupayaan untuk mengeksport 12,000 tan metrik dengan nilai RM40 juta dalam tempoh setahun ke China, daripada dua ladang yang telah diluluskan berdasarkan kepada protokol yang telah ditandatangani,” katanya.

Selain ke China, Malaysia juga mengeksport nanas ke beberapa negara lain seperti Singapura, Iran, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan Jepun.

Eksport nanas Malaysia ke negara-negara tersebut pada masa ini dianggarkan bernilai RM160 juta setahun.

“Saya menyeru pengusaha nanas tempatan untuk merebut peluang pasaran ini dengan menambahkan lagi keupayaan pengeluaran mereka bagi menampung permintaan daripada pasaran China.

“Adalah penting juga bagi mereka untuk sentiasa mengekalkan pematuhan kepada standard-standard antarabangsa, supaya produk kita terus berdaya saing di peringkat global. Ini juga adalah masa terbaik untuk mereka yang berminat menceburi bidang penanaman nanas,” katanya.

Protokol tersebut ditandatangani oleh Ahmad Shabery dan Menteri Pentadbiran Am mengenai Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Zhi Shuping sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China, Li Keqiang. – UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain