Pak Pie, 85, menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang di sini.

Rakan karibnya arwah yang juga pengiat budaya, Omar M. Hashim atau lebih dikenali sebagai Omara berkata, kematian Pak Pie dimaklumkan oleh anak perempuannya yang menghubungi beliau sebentar tadi.

"Anak arwah menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai kematian arwah dan kini urusan menguruskan jenazah sedang dibuat anaknya itu," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE