Najib yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah tiba di pekarangan Makam Diraja itu pada pukul 6.30 petang.

Turut hadir Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, yang memerintah negeri Kedah selama 59 tahun meninggal dunia di Istana Anak Bukit di sini pukul 2.30 petang, Isnin lalu.

Jenazah Almarhum selamat dimakamkan di Makam Diraja itu pada keesokannya.

Bacaan tahlil dan doa diketuai Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadil Awang.

Najib dan Rosmah kemudian menyiram air mawar di makam Almarhum seterusnya beredar pada pukul 7 malam.

Sebelum itu, Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump di White House, Washington D.C pada Rabu lalu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pukul 6 petang. - UTUSAN ONLINE