Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran dan ICU Pediatrik di sini hari ini.

Ujar beliau, berdasarkan andaian doktor pakar, kesemua pelajar terbabit akan pulih walaupun proses perlahan.

“Saya mendapati mereka dalam keadaan baik. Dua daripada mereka boleh bercakap manakala seorang lagi tidak sedarkan diri dan seorang lagi dipakaikan alat bantuan pernafasan kerana asap memenuhi paru-paru,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat kesemua mangsa bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain.

Difahamkan, mangsa yang dibenar pulang semalam adalah Muhammad Syamin Che Azmi, 18; Wan Muhammad Danish Hisham Wan Nor Hisham, 14 dan Sufian Emmad, 20. - UTUSAN ONLINE