Menurutnya, peruntukan tersebut akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur penghasilan susu getah atau lateks, pemberian benih klon 1Malaysia serta membangunkan teknologi menoreh getah.

"Kerajaan akan membangunkan infrastruktur supaya mereka (penoreh getah dan pekebun kecil) boleh pindah pengeluaran cuplump (getah sekerap) kepada lateks. Ini akan memberikan pendapat lebih kepada pekebun kecil dan penoreh getah.

"Kita juga akan beri klon baharu iaitu klon 1Malaysia yang boleh dapat hasil lebih tinggi berbanding benih getah yang lain," katanya ketika berucap dalam program Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdulllah.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Pekebun Kecil Getah Terbaik dan sumbangan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah).

Najib berkata, peruntukanitu juga akan digunakan untuk membuat pembaharuan dalam kaedah menoreh getah.

"Dengan suntikan teknologi, pengeluaran getah dapat ditingkatkan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE