"Terima berita sedih Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail telah pulang ke Rahmatullah.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau malam ini.

Zainudin meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di sini, pada 7.30 malam.

Pada 13 Mei 2016, Zainudin menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke Taman Angsana, Jelebu untuk dikebumikan pagi esok di Kampung Petaseh, Kuala Klawang. - BERNAMA