NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK

Beliau berkata, kejayaan itu akan menjadikannya bakal diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam.

“Tahniah kepada Penje­lajah Negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atas kejayaan penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer dan bakal diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya di sini hari ini.

Qobin muncul rakyat Malaysia pertama menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam sebaik sahaja tiba di titik 90 darjah Kutub Selatan tepat pukul 11.05 pagi semalam (waktu Malaysia) atau 4.05 petang waktu Antartika.

Menerusi telefon satelit, beliau memaklumkan kejayaannya yang menamatkan Ekspedisi Kelab Eks­plorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 di benua tersejuk dunia itu selepas berski sejauh 111 kilometer (km) dari Union Glacier, Antartika.

Dengan kejayaan itu, Qobin kini bergelar penjelajah Grand Slam pertama negara, selain diiktiraf sebagai individu kedua di Asia Tenggara serta umat Islam ketiga dan termuda di du­nia meraih gelaran tersebut.

Kejayaan ekspedisi itu melengkapkan syarat untuk diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam iaitu menamatkan pendakian tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia, berski ke titik ‘0’ darjah Kutub Utara dan berski ke titik 90 darjah Kutub Selatan.