Keperluan asas itu yang telah beroperasi dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya di Parlimen Pensiangan di sini pagi ini.


Kemudahan tersebut merupakan antara perkara yang dijanjikan Najib kepada rakyat Nabawan dalam pilihan raya umum lalu yang telah ditunaikan.


Selain pusat kesihatan, beliau turut merasmikan pembukaan Kompleks Sukan Nabawan yang turut dijanjikan di dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sebelum ini.


Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di Nabawan sambil diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pada pukul 9.30 pagi ini disambut oleh lebih 30,000 rakyat Pensiangan dari daerah Nabawan dan Sook.


Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN.-UTUSAN ONLINE