Menurut kenyataan PMO hari ini, pihak tertentu telah memutar belit kenyataan Najib berkenaan rutin kesihatan dan pemakanan yang telah dibuat oleh beliau dalam acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah semalam.

“Kita sedia maklum Perdana Menteri menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan termasuk nasi dalam majlis-majlis tersebut,” kata kenyataan tersebut, di sini hari ini.

Kenyataan tersebut memaklumkan bijirin jenis quinoa merupakan sebahagian dari rejim diet sihat yang diamalkan oleh Najib.

“Ia juga adalah atas nasihat doktor, selain itu Perdana Menteri juga melakukan senaman secara rutin bagi menjaga kesihatan dan kecergasan,” katanya. - UTUSAN ONLINE