Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; barisan Exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Ekspo Johor Berkemajuan 2017 berlangsung mulai semalam hingga 14 Oktober ini.

Ekspo selama sembilan hari itu bertujuan bagi memperlihatkan kepada rakyat segala pencapaian serta perancangan kerajaan negeri ini. - UTUSAN ONLINE