Majlis akad penyerahan oleh wakil-wakil syarikat berkenaan telah disempurnakan bersama Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Sebanyak 458 lembu korban tersebut akan diagihkan kepada masjid-masjid dan surau-surau di Parlimen Pekan manakala selebihnya diagihkan di kawasan-kawasan lain.

Antara syarikat memberi sumbangan adalah Sapura Holdings Sdn. Bhd. JL99 Group, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Maju Holdings Sdn. Bhd. dan GIG Technology Holdings Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE