Kesemua ketua delegasi itu mewakili 25 parti politik dari 16 negara termasuk India, Belgium, Palestin, Indonesia, Thailand, Laos dan Vietnam.

Terdahulu, mereka menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 dan mendengar ucapan dasar yang disampaikan Najib yang juga Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menghadiri perjumpaan tertutup selama kira-kira 30 minit itu.

Kesemua ketua delegasi itu serta 95 anggota rombongan mereka kemudian diraikan dalam majlis jamuan tengah hari. - BERNAMA