Najib diberikan anugerah tersebut berdasarkan pembabitan aktifnya dalam media sosial khususnya di Facebook dan Twitter rasmi pemimpin berkenaan.

Disamping itu, Perdana Menteri merupakan antara pemimpin dunia yang kerap menggunakan media sosial sebagai platform merapatkan hubungan dengan rakyat turut mempunyai blog rasminya, NajibRazak.com.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden Dewan Media Sosial Malaysia (SMC), Shahul Hameed Dawood.

Selain Perdana Menteri, selebriti terkenal, Zizan Razak turut dipilih sebagai Ikon Media Sosial Malaysia 2017.

MSMW 2017 berlangsung selama dua hari bermula hari ini disertai lebih 1,000 pengamal media sosial termasuk penuntut universiti awam dan swasta seluruh negara. 

Program itu dianjurkan SMC dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan. - UTUSAN ONLINE