Selepas kira-kira sebulan berlalu, bekas Perdana Menteri itu mengakui banyak perkara boleh dipelajari yang sarat dengan kenangan manis dan pahit.

"Sebagai hamba Allah SWT, saya terima ujian ini dan reda dengan kehendak-Nya.

"Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Pekan kerana memberi mandat kepada saya sebagai Ahli Parlimen dengan majoriti tertinggi di Malaysia bagi Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan di Masjid Padang Polo, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE