Majlis aspirasi pertama Perdana Menteri dengan penjawat awam muda yang pertama kali diadakan itu dikendalikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa selaku moderator. 


Najib dalam ucapannya menyatakan mahu melihat lonjakan berganda perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam kepada rakyat Malaysia dengan meningkatkan aspek kreatif dan inovatif menjelang 2050.


“Kita mesti ingat untuk sampai ke sana (TN50) kita harus buat keputusan yang tepat supaya insya-Allah perjalanannya sampai,” katanya semasa berucap pada majlis itu di sini. -UTUSAN ONLINE.