"Ia pembohongan yang nyata," katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri, di sini hari ini.

Najib mengulas mengenai dakwaan itu yang dibuat dalam slaid yang dimuat naik dalam laman web BTN pada Mac tetapi dipadam minggu lalu selepas ia tersebar secara meluas dalam laman sosial.

Bulan lepas, Penyelaras BTN Datuk Noor Farida Ariffin berkata biro itu patut dirombak kerana ia menjejaskan kepelbagaian budaya di negara ini.- BERNAMA