Najib ketika ditanya pemberita lokasi yang akan ditujunya selepas ini?

Ahli Parlimen Pekan itu hanya mendiamkan diri.

Najib beredar
NAJIB Tun Razak beredar selepas menemani isterinya, Rosmah Mansor menghadiri sebutan kes pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

Ditanya juga adakah beliau akan ke Putrajaya, dijangka memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun hanya menggelengkan kepala dan berlalu pergi dengan menaiki kereta Proton Perdana warna hitam.

Terdahulu, Najib menemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira 30 minit yang hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sebutan kesnya.

Najib masuk ke dalam keretanya
NAJIB Tun Razak beredar selepas menemani isterinya, Rosmah Mansor menghadiri sebutan kes pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta.

Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti haram dengan cara membenarkan kemasukan wang berjumlah lebih RM7 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan. - UTUSAN ONLINE