Dalam ketika anggota polis masih menggeledah rumahnya, MPV itu dilihat meninggalkan Jalan Langgak Duta pada pukul 7 petang menuju ke arah Bukit Tunku.

Kenderaan itu yang diiringi dua motosikal polis dan sebuah kereta peronda, selain empat buah kereta lain turut dilihat ikut bersama.

Rombongan itu dipercayai menuju ke sebuah masjid yang tidak diketahui di pusat bandar untuk berbuka puasa dan menunaikan solat berjemaah.

Bagaimanapun rombongan berkenaan dilihat pulang semula kekediamannya pada pukul 9.33 malam. - UTUSAN ONLINE