Dalam mesyuarat dua hala itu, Perdana Menteri dan Ardern membincangkan beberapa perkara daripada ekonomi digital hinggalah isu keselamatan rantau.

Malaysia dan New Zealand akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-60, tahun ini.

Tahun lalu, eksport utama Malaysia ke New Zealand meliputi minyak mentah dan barangan elektrik dan elektronik.

Walaupun perdagangan antara kedua-dua negara menurun tahun lalu, nilainya menunjukkan peningkatan tahun ini.

Pada 2016, jumlah dagangan dengan New Zealand mengecut 16.1% kepada RM5.90 bilion (AS$1.42 bilion) daripada RM7.03 bilion (AS$1.8 bilion) pada 2015.

Bagaimanapun dalam tempoh dari Januari hingga Ogos tahun ini, perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 49.3% kepada RM5.25 bilion (AS$1.204 bilion) daripada RM3.518 bilion (AS$860.6 juta). - UTUSAN ONLINE