Perdana Menteri yang berbaju Melayu berwarna merah hati ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 6.45 petang dan diikuti dengan lawatan ke gerai-gerai jualan dan trak makanan di Dataran Merdeka.

Najib dan isteri kemudiannya menyertai bacaan tadarus al-Quran bersama kira-kira 500 pelajar Maahad Tahfiz sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Lebih menarik apabila Perdana Menteri dan isteri turut duduk bersila di atas tikar bersama-sama orang ramai serta menikmati juadah berbuka di dalam pek makanan.

Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selesai berbuka puasa, Najib menyertai orang ramai menunaikan sembahyang Mahgrib secara berjemaah di padang Dataran Merdeka. - UTUSAN ONLINE