Menurut Perdana Menteri, peluang berkumpul bersama keluarga amat bermakna dan beliau amat mensyukuri kesempatan berkenaan kerana tidak selalu dapat diperoleh.

“Meluangkan masa bersama bonda dan keluarga selepas berbuka tadi. Alhamdullilah. Bukan selalu dapat peluang untuk berkumpul sebegini. Keluarga tercinta saya,” katanya menerusi Facebook beliau, malam tadi.

Berbuka puasa bersama keluarga merupakan acara tradisi Perdana Menteri setiap tahun pada bulan Ramadan biarpun melalui jadual padat demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk rakyat.

Najib turut memuat naik gambar beliau bersama keluarga dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi gambar berkenaan, Perdana Menteri yang berbaju Melayu biru kelihatan gembira meraikan detik-detik indah kemesraan bersama keluarga le­bih-lebih lagi bersama bondanya.

Riak wajah Rahah pula kelihatan ceria barangkali jarang berjumpa kerana masing-masing mempu­nyai kekangan dengan tugas harian.

Turut kelihatan, dua anak beliau, Nor Ashman dan Nooryana Najwa serta adik-beradik Perdana Menteri yang lain bersama isteri dan anak-anak masing-masing.

Status Facebook Perdana Menteri menerima 20,000 likes dan dikongsi 437 pengguna laman sosial itu setakat ini dan rata-rata netizen memuji dan berbangga dengan sikap mulia pemimpin negara itu kerana menurut mereka, perbuatan yang baik adalah bermula dari rumah.

Mereka turut mendoakan Perdana Menteri dan keluarga diberikan kesihatan dan kerahmatan dalam kehidupan serta ketika menjalankan tugas untuk ke­sejahteraan negara setiap masa.