Ketibaan Perdana Menteri yang berpakaian kurta berwarna krim pada pukul 10.45 pagi disambut oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Sebelum duduk menyaksikan persembahan dan menikmati juadah, Najib sempat melawat lukisan kolam di satu ruangan khas yang menjadi pelengkap kepada setiap perayaan Deepavali.

Lebih 10,000 orang yang hadir memeriahkan majlis itu yang diserikan dengan persembahan tradisional masyarakat India serta juadah tradisional kaum berkenaan seperti thosai, appalam dan idiyappam. - UTUSAN ONLINE