Dalam pada itu, beliau melalui satu hantaran dalam laman sosial Facebooknya berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didapati telah menyebarkan beberapa maklumat yang kurang tepat dalam sidang akhbarnya semalam mengenai TRX City Sdn. Bhd. (TRXC) selaku pemilik kepada 70 ekar tanah TRX dan 486 ekar tanah serta projek Bandar Malaysia.

“Pengambil alihan TRXC oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) untuk jumlah nominal RM1 berkuat kuasa pada 31 Mac 2017 merupakan langkah utama dalam pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang lebih luas.

“Guan Eng sendiri mengakui bahawa walaupun dengan suntikan sehingga RM2.8 bilion oleh MOF Inc., TRX akan mempunyai nilai sekurang-kurangnya RM7.8 bilion dan ia menunjukkan keuntungan,” katanya.

Kabinet telah bersetuju untuk menyiapkan TRX dengan memperuntukkan dana tidak melebihi RM2.8 bilion kepada TRXC.

Guan Eng berkata, keputusan tersebut akan menangani kebimbangan pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa sedia ada di TRX yang sudah melabur berbilion ringgit. - UTUSAN ONLINE.