Mohd. Hafarizam
Mohd. Hafarizam

Saman Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan terhadap Tony berhubung video bertajuk, BN Govt. Abandons All Bills To Give Precedence To Pas RUU355 Private Member’s Bill di akaun Facebook beliau pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat pada 6 April lalu.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata: “Anak guam saya terbuka untuk selesai dan akan terima (sekiranya ada) permohonan maaf (daripada Tony) ‘Saya minta maaf Perdana Menteri’.”

Ujar beliau, tuntutan saman itu agak rumit diselesaikan kerana sukar mencapai persetujuan.

Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita selepas beliau menghadiri pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mohd. Hafarizam berkata, beliau dan juga peguam Tan Ch’eng Leung mewakili Tony selain itu perlu membuat pelbagai analisis berhubung pernyataan tuntutan, pernyataan pembelaan dan jawapan kepada pernyataan pembela­an untuk memuktamadkan apakah fakta-fakta yang dipersetujui mahupun yang tidak dipersetujui.

“Jika dipersetujui adakah fakta itu tidak dipersetujui sepenuhnya atau boleh dipersetujui kemudian melalui bukti yang akan dikemukakan. Seperti yang diketahui, saman tersebut membabitkan isu RUU355,” ujar Mohd. Hafarizam.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan atas kapasiti periba­di pada 21 April lalu, Najib selaku pihak plaintif menyatakan, Tony yang dinamakan sebagai pihak defendan pada 6 April lalu, telah memuat naik rakaman Live Video selama tempoh dua minit 21 saat.