Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia dan AS menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun ini dan hubungan ini telah dipertingkatkan ke perkongsian yang komprehensif di bawah kepimpinan Perdana Menteri.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan hal-hal berkepentingan bersama termasuk keselamatan negara, usaha menentang aktiviti keganasan dan ekstremisme serta perdagangan dan pelaburan yang dapat dinikmati oleh rakyat kedua-dua negara,” kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE