Menurut Perdana Men­teri, jika tahun lalu, sukan merupakan antara fokus utama dalam bajet dan penumpuan terhadap pro­­gram pembangunan atlet serta menaik taraf kemudahan sukan yang dilaksanakan telah membawa kepada kejayaan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan.

Maka bagi Bajet 2018 yang akan dibentangkan tidak lama lagi, beliau ber­­harap orang ramai dapat berkongsi idea dan pandangan.

“Apa pula fokus dan ke­utamaan yang harus diberi perhatian dalam Bajet 2018?

“Sertai tinjauan https://bajet2018.najibrazak.com/tinjauan,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Men­teri memberitahu sebanyak 13,837 idea dan cadangan telah diterima sepanjang kempen #Bajet2018 berlang­sung selama 15 hari mulai 4 September hingga 18 September lalu.

Kata beliau, berdasarkan penelitian awal, aspek pe­­­­ker­jaan, kos sara hidup, pen­didikan, percukai­an, per­­­­­­­­niagaan dan kewangan serta pengangkutan dan infrastruktur merupakan topik-topik hangat kali ini sekali gus menunjukkan keuta­maan rakyat ketika ini.