“Perakam data penerbangan telah ditemukan dan disimpan dengan selamat,” kata Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Raj Kumar Chettri, hari ini.

Pesawat US-Bangla Airlines, Bombardier Q400 itu membawa 71 orang penumpang dari Dhaka sebelum terhempas berhampiran lapangan terbang di sini. - REUTERS