Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ju Yong-choi membuat kenyataan tersebut di dalam Persidangan Perlucutan Senjata PBB di Geneva, semalam.

Menurutnya, Korea Utara menafikan dakwaan Korea Selatan pada Selasa lalu bahawa Pyongyang akan kehilangan kerusinya di PBB kerana didakwa menggunakan senjata kimia terlarang bagi membunuh abang pemimpin Korea Utara di Malaysia.

“Korea Utara menolak sepenuhnya tuduhan keji, tidak bertanggungjawab, kurang ajar dan tidak logik oleh Korea Selatan.

“Korea Utara sendiri tidak pernah mengeluarkan, menyimpan atau menggunakan senjata kimia dan pendirian kami jelas. Kami menolak andaian dan spekulasi mengenai kejadian itu di Malaysia,” katanya seperti dipetik dari Reuters.

Dilaporkan bahan kimia itu merupakan bahan yang kerap digunakan sebagai senjata kimia khususnya sewaktu era Perang Dingin bermula 1950 hingga 1990.