Timbalan Pengurus Besar Ka­nan­­nya, Dr. Hamid Sulaiman berkata, menerusi HPPNK tahun ini, Nafas akan menganjurkan program masakan bagi membantu mempromosikan produk-produk perladangan tempatan untuk diba­­­wa ke peringkat ter­tinggi.

Katanya, itu merupakan kelainan yang ditawarkan oleh Nafas pada penganjuran kali ini memandangkan orang ramai umum mengetahui peranan agensi tersebut sebagai pengeluar produk input pertanian.

“Untuk kali ini, berbeza sedikit apabila Nafas akan sama-sama menyediakan program masakan termasuklah melibatkan chef se­lebriti dengan menggunakan pro­duk keluaran peladang.

“Kita ingin tunjukkan bagai­mana produk peladang digunakan untuk masakan dengan harga le­bih premium supaya para peladang ini tahu produk mereka boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengenalan rakan strategik serta penyerahan logo syarikat penaja HPPNK dan My Food Festival (MFF) 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang (MAEPS) dekat sini semalam.

Sementara itu, bagi para artis yang menjadi Ikon untuk HPPNK kali ini iaitu Fara Fauzana, Mat Dan dan Yabang daripada Kumpulan Khalifah pula, mereka berpendapat orang ramai tidak seharus­nya melepaskan peluang untuk ber­kunjung ke acara itu.

Bagi Fara Fauzana, orang ramai perlu datang ke penganjuran tahun ini dan pastikan mereka semua merasai makanan hasil daripada titik peluh peladang, penternak dan nelayan.

“Selain itu, sambil-sambil makanan, kita ada juga cara masak singgang dan juga slot hiburan,” ujarnya.

Mat Dan pula, sebagai ‘mat saleh’ dalam HPPNK kali ini berpendapat dirinya boleh dijadikan sebagai contoh.

“Macam saya, kawan-kawan Melayu tunjuk masakan orang Melayu, terus tukar rasa dan selera kepada makana Melayu. Jadi, menjadi tugas kita semua untuk tarik orang-orang luar ini merasa makanan Malaysia,” jelasnya.