Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Addey Azman Nawai berkata, projek tersebut adalah cetusan idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu keunikan ditampilkan pada MAHA kali ini.

Katanya, Nafas [email protected] meng­ga­bungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari.

“Nafas [email protected] akan diuruskan sepenuhnya oleh Nafas dan akan memulakan operasinya Khamis ini. Kami menyasarkan golongan belia sebagai prospek utama memandangkan terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar kawasan penginapan.

“Selain itu, kami juga membuka kedai mini berhampiran Nafas [email protected] bagi tujuan mempromosi dan menjual produk keluaran Nafas,” katanya keti­ka ditemui selepas la­watan ke tapak projek Nafas [email protected] di Taman Tasik Rekreasi MARDI, Serdang dekat sini hari ini.

Nafas [email protected] menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa.

Tambah Addey Azman, walaupun dibina menggunakan barang-barang terpakai, namun keselesaan pelanggan tetap menjadi keutamaan.

“Pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air bergantung kepada jenis penginapan. Kami juga merancang membina kolam renang dan dewan besar menggunakan kontena.

“Kami telah menyediakan beberapa bilik pameran kepada orang ramai bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman di Nafas [email protected],” ujarnya.

Harga penginapan satu malam bagi kontena kenamaan (VVIP) adalah RM350, kontena eksekutif RM180, culvert RM150 dan khemah RM120.