Pengerusi Sekretariat MAHA Agro Youth 2016, Datuk Ahmad Mukhriz Datuk Ahmad Fuad berkata, idea mengadakan Nafas Agro Youth Camp ini dicetuskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak muda bahawa industri pertanian juga mampu menjana pendapatan yang tinggi.

“Nafas Agro Youth Camp ini terbahagi pada tiga sesi dengan sesi pertama telah diadakan pada 2 Disember lalu, sesi kedua bermula semalam dan sesi ketiga akan bermula dari 9 hingga 11 Di­sember ini.

“Sebanyak 1,500 orang dijangka menyertai program ini bagi setiap sesi,” katanya.

Pengunjung MAHA 2016 yang berminat untuk menginap berdekatan MAEPS boleh mencuba penginapan yang ditawarkan Nafas [email protected] di Taman Tasik Rekreasi MARDI.

Nafas [email protected] menggabungkan tiga konsep utama dalam pembinaanya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi mewujudkan suasana santai dan sentuhan kontemporari.

Penginapan tersebut diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan disediakan khas sempena penganjuran MAHA 2016.