Pengasasnya, Muhd. Al Bazli Bakar berkata, kutipan dana tersebut turut meliputi kos logistik, penginapan dan sara diri kepada ahli keluarga pesakit dengan jumlah belanja lebih daripada RM200, 000 setahun.

“Malam Sejuta Impian ini antara lain berperanan mengga­lakkan organisasi luar, korporat, badan bukan kerajaan serta individu membantu pesakit jantung kanak-kanak dan remaja yang berusia 17 tahun dan ke bawah daripada keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan pembiayaan menjalani rawatan dan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sebelum ini kita juga telah melancarkan tabung bagi membolehkan pihak luar yang ingin menghulurkan bantuan me­nyalurkan melalui MyPrihatin atau Yayasan IJN bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya pada sidang akhbar Program Myheart edisi kedua di IJN, Jalan Tun Razak di sini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar hadir pada program tersebut dan menyerahkan hamper kepada 30 pesakit di Wad Pedia­trik, IJN selain beramah mesra bersama waris keluarga.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan IJN, Raja Datin Zuraida Raja Mansur; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin, Prof. Datuk Halimaton Hamdan dan Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi. – UTUSAN ONLINE