Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam kenyataan hari ini berkata, setelah permohonan semakan kehakiman ditolak Mahkamah Tinggi 22 Januari lalu, pihaknya telah mengarahkan peguam cara menuntut pematuhan pemerintahan serta membayar penalti yang telah ditetapkan.

“Penalti harian sebanyak RM7,500 akan terus dikenakan sehingga MyEG mematuhi arahan yang ditetapkan TRP dalam perenggan 58. Sehingga kini, jumlah penalti terkumpul adalah RM9.4 juta.

“MyCC telah diberi mandat untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi menyiasat sebarang penyalahgunaan kedudukan dominan atau monopoli di pasaran dan bersedia untuk mengambil tindakan kepada mereka yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya. -UTUSAN ONLINE