Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, inisiatif tersebut adalah membantu mengatur perbelanjaan dan memberi balik kepada kepada pelanggannya.

“Promosi yang dilaksanakan tersebut adalah hasil daripada sambutan baik yang diterima pelanggan sepanjang jualan gudang dan jualan ulang tahun Mydin.

“Semua kos akan dirunding oleh pihak kami dengan pembekal sendiri atas keprihatinan terhadap beban ditanggung oleh masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini Mydin menetapkan harga runcit ayam hanya RM5.89 sekilogram dengan terhad tiga ekor kepada setiap pelanggan dan keperluan makanan basah seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dengan harga serendah RM1.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat promosi dalam halaman Facebook MYDIN Malaysia dan promosi itu melibatkan semua cawangan pasar raya tersebut di seluruh negara termasuk Sarawak. - UTUSAN ONLINE