Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, fungsi yang akan diperkenalkan pada tahun depan itu mampu memberikan maklumat kritikal dengan lebih berkesan tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.

"Pelbagai langkah proaktif telah dibuat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam mengeluarkan segala bentuk amaran dan ramalan cuaca melalui media cetak, elektronik serta media sosial.

"Namun dengan myCuaca 2.0 ini, satu fungsi yang membolehkan orang ramai lebih bersedia jadi diharapkan para penduduk di sekitar Pantai Timur memuat turun aplikasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan program Jom Muat Turun myCuaca 2.0 dan iDengue di Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhar Yahaya dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari. - UTUSAN ONLINE