Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr. Fauziah Mohd. Hasan berkata, pusat wanita dan kanak-kanak itu didirikan sebagai tempat perlindungan selain untuk memberi pendidikan vokasional kepada pelarian.

“Di pusat wanita tersebut kami adakan kelas seperti menjahit dan selepas beberapa tempoh, kami akan hadiahkan mesin jahit tersebut kepada mereka (pelarian wanita) supaya mereka dapat menjana pendapatan sendiri.

“Kami percaya dengan mendidik wanita, kita akan mendidik satu generasi. Sebab itu kami sangat berharap operasi pusat wanita ini dapat diteruskan dengan sumbangan orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Lunch4Humanitarian 6.0 di sini hari ini. 

Sumbangan boleh disalurkan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank (551575004299), CIMB Islamic (8602135592) atau Bank Islam (12092010034904). - UTUSAN ONLINE