Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, program dijayakan usahasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menterjemahkan kandungan Bajet 2017.

Menurut beliau, projek kediaman baharu yang itu yang telah dirintis di Manjung, Perak akan turut dibina di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kedah.

"Ia akan dibina mengikut spesifikasi khas yang ditetapkan dan akan dijual kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,900 sebulan.

"Kos bagi setiap pembinaan kediaman bernilai RM40,000 dan akan dijual terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM3,900 atau B40, namun akan dibayai separuh (RM20,000) oleh kerajaan.

"Bakinya, bakal pembeli boleh membuat pinjaman dengan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sehari bagi memantau perkembangan program inisiatif Kementerian Kewangan dan Kerajaan negeri di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, hari ini.

Yang turut hadir. Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh.

Beliau turut melawat tapak cadangan projek itu di Kampung Mak Kemas, Marang.

Pelaksanaan inisitif MyBNHome diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan belanjawan 2017 yang lalu.

Katanya, pembinaan rumah menggunakan teknik Sistem Binaan Industri (IBS) membabitkan pelajar Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional namun pembinaannya lebih pantas dan berkualiti.

"Ini bertepatan dengan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). - UTUSAN ONLINE