Berdasarkan laporan yang menganalisis kajian oleh PBB dan kumpulan hak asasi manusia mendapati Maynmar melanggar sekurang-kurangnya tujuh artikel utama dalam konvensyen tersebut.

Analisis itu juga menyebut kerajaan dan pasukan keselamatan Myanmar didapati bersalah menyebabkan penderitaan terhadap etnik Rohingya.

Dianggarkan separuh daripada 700,000 etnik Rohingya adalah golongan kanak-kanak yang turut melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan berlaku pada Ogos tahun lalu. – REUTERS