Badruddin Amiruldin

Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sejak dilancarkan pada 2015 dan sehingga awal bulan ini, pembiayaan mikro berjumlah RM2.040 juta telah diagihkan kepada 63 siswazah terlibat yang meminati bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal kerana berasal daripada keluarga miskin atau faktor lain.

Menurutnya, program MyAgrosis juga akan membantu menyediakan pelbagai kemahiran dalam mengembangkan perniagaan tersebut.

“Apabila perniagaan me­reka semakin berkembang, kita akan terus membantu dengan menyediakan kemahiran atau pembiayaan di bawah FAMA atau agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan ia mencapai tahap terbaik.

“Jika sesuatu perniagaan itu bermula di rumah, kita ingin melihat ia berkembang sehingga mempunyai kilang sendiri,” katanya selepas merasmikan Program Keusahawanan Chillax dan MyBest Buy Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta perasmian Kelab MyAgrosis UniKl di sini hari ini.