“Malangnya saya tidak akan bermain di Cincinnati kerana kecederaan saya masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya sentiasa menikmati perlawanan di sana dan saya berharap dapat bermain sekali lagi tahun depan. Buat masa ini saya perlu bekerja keras agar dapat bersaing di New York,” katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan terakhir Murray menyaksikan dia tersingkir di suku akhir Wimbledon pada Julai lalu.


Pemain berusia 30 tahun dari Britain itu mengungguli ranking teratas dunia sejak November tahun lepas, namun kini kedudukannya seakan tergugat.

Ketiadaan Murray dalam saingan Piala Rogers di Montreal minggu ini bermakna, Rafael Nadal berupaya merampas kedudukan tersebut selepas pemain Sepanyol itu mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.- REUTERS