Hari ini Muhammad Malikie Shamsul Rizal yang dilahirkan di Pekanbaru, Sumatera, kembali semula belajar ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ajil bagi menyambung pelajaran dalam tahun lima.


Kemasukkannya diusahakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Ghazali Taib dengan dibantu Jabatan Pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan Pejabat Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri.


Menurut Ghazali, pihaknya akan berusaha membantu agar budak itu memperoleh dokumen identiti sah yang selama ini tidak pernah dimiliki berikutan kelahirannya tidak didaftarkan ketika di Indonesia agar pemblajarannya tidak lagi terjejas, apatah lagi bapanya sudah lama meninggal.


Katanya, iIbu bapa kanak-kanak itu merupakan warganegara Malaysia yang menetap di sana pada tahun 2006 kerana tuntutan kerja di sektor pembalakan.


“Oleh kerana pasangan berkenaan berada di sana melebihi masa manakala pasport mereka pula sudah tamapt tempoh,menyebabkan mereka tidak dapat kembali ke tanah air sehinggalah Muhammad Malikie dilahirkan,”katanya kepada pemberita selepas mengiringi kanak-kanak itu ke sekolah hari ini.-UTUSAN ONLINE