Guru Besar SKOT I, Zulhadi Mahamad berkata, murid-muridnya itu mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang gergasi yang setinggi enam meter itu.

Menurutnya, penghasilan Jalur Gemilang itu bertujuan mendidik para murid supaya sayangkan bendera yang merupakan lambang kedaulatan negara.

"Kita juga mahu semangat cintakan tanah air terus mekar dan subur dalam kalangan para murid kerana mereka ini adalah generasi yang akan mewarisi negara pada masa hadapan.

"Menariknya, Jalur Gemilang ini disiapkan ketika murid-murid ini mengikuti mata pelajaran pendidikan seni," katanya di sini hari ini.

Zulhadi memberitahu, penghasilan Jalur Gemilang gergasi itu mendapat kerjasama erat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, PIBG menyediakan peruntukan bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan. - UTUSAN ONLINE