Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Murid bawa peranti ke sekolah

Selaras penggunaan teknologi tinggi dalam sektor pendidikan

MAHDZIR KHALID tertarik dengan buku siri sukan terbitan Institut
MAHDZIR KHALID tertarik dengan buku siri sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Budiman Mohd. Zohdi (kiri) dan Mohd. Khair Ngadiron. BERNAMA

KUALA LUMPUR 18 April - Kementerian Pendidikan bercadang membenarkan murid dan pelajar di negara ini membawa alat per­anti ke sekolah sebagai usaha membantu pembelajaran yang berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu selaras dengan penggunaan teknologi tinggi dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan.

“Sebelum ini polisi kementerian tidak membenarkan mana-mana pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, namun berdasarkan keadaan hari ini, kita berkemungkinan akan benarkan mereka bawa alat peranti ke dalam kelas untuk proses pem­belajaran.

“Bagaimanapun, cadangan itu masih di peringkat awal dan kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan­nya mem­beri kesan positif. Malah, ke­menterian akan meneliti jenis alat peranti yang boleh dibawa termasuk had penggunaannya da­lam kelas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran 70 Buku Siri Sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi ITBM, Budiman Mohd. Zohdi dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron.

Dalam pada itu, Mahdzir menjelaskan bahawa kementerian akan meminta perkhidmatan 1Bestari Net untuk memastikan sekolah-sekolah di luar bandar menikmati kelajuan internet sekurang-kurangnya enam megabait sesaat (Mbps).

“Di bandar, kelajuan internet antara 15 hingga 20 Mbps diperlukan supaya proses pembelajaran cepat dan tidak terganggu ekoran tahap penggunaan capaian yang tinggi oleh pelbagai pihak,” ujarnya.

Terdahulu, Mahdzir menyatakan kesemua buku siri sukan yang menampilkan beberapa jaguh sukan negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol David itu akan diagihkan kepada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara.

Katanya, edaran tersebut secara tidak langsung mengga­lakkan pelajar berminat untuk mem­baca bahan-bahan bacaan ber­kaitan sukan dan mengenali jaguh-jaguh sukan negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain