Antara tokoh yang memberi sokongan itu ialah pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr. Zakir Naik; pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin turut mendapat sokongan artis dan atlet sukan seperti penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin; Zizan Razak; Amar Baharin; Black Mentor serta Jaguh berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.

“Walaupun ekspedisi ini tidaklah seteruk seperti penjelajahan berski di Kutub Utara dan Selatan, namun demi nama Malaysia saya usaha juga dengan mencuba peluang ini serta meletakkan pengalaman yang ada agar diberikan ruang untuk terpilih.

“Saya berharap rakyat dapat terus mengundi saya untuk Malaysia sebelum tarikh tutup undian pada 14 Disember ini di http://bit.ly/qobinforpolar.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ekspedisi luncur salji sejauh 300 kilometer yang bakal berlangsung di Kutub Utara tahun depan itu bakal menyaksikan penyertaan daripada 20 peserta bertuah dari seluruh dunia.

Qobin mendapat undi ke sembilan tertinggi perlu bersaing mendapat undian tertinggi di setiap benua yang akan secara automatik terpilih menyertai ekspedisi berkenaan. - UTUSAN ONLINE