Pengarang Unit Media Baharu, Aznan Bakar berkata, 13 video yang berpeluang mere­but hadiah pertama RM10,000 tersebut adalah seperti berikut:

Kumpulan Paperline (Polisas), EZ (UIAM), Muhammad Taufiq Abu Nazir (UniSZA), JKA (Polisas), de chicken (UniKL), JAH Production (UiTM) dan Aksara Seni Production (UiTM).

 

Turut berada di kelompok 13 video terbaik ialah Folio Silio (UiTM), Tuan Ladang Production (UUM), Specter Production (UTeM), Civil Studios (Polisas), Cinester (UiTM) dan Genius SM (UniSZA).

Beliau berkata, pengumuman penuh dan hadiah kepada pemenang akan disampaikan pada satu majlis di KPT di Putrajaya pada 17 Mei ini.

“Mahasiswa yang tidak berpe­luang menyertai Siri 1 boleh menyertai Siri 2 dan Siri 3 Mulvec yang sedang berlangsung sekarang,” katanya hari ini.

Aznan berkata, pemenang ditentukan berdasarkan ketepatan mesej, kreativiti dan insiatif dalam menghasilkan video pendek berkenaan.

Katanya, pemenang diadili oleh hakim daripada KPT, Utusan Online dan Pengarah muda, Razaisyam Abdul Rashid.

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, RM5,000 (kedua) dan RM3,000 (ketiga). Sebanyak 10 kumpulan pula memenangi hadiah saguhati RM1,000.

Mulvec yang dilancarkan pada 26 November 2016, dibahagikan kepada tiga siri. Siri pertama bermula 1 Disember lalu hingga 15 Februari 2017, Siri 2 (1 Mac - 15 Mei) dan Siri 3 (1 Jun - 15 Ogos) menawarkan hadiah tunai terkumpul RM84,000.

Sebanyak lima tema ditetapkan dalam setiap siri dan setiap karya penyertaan perlu dihasilkan selari dengan tema tersebut. Maklumat lanjut layari http://www.utusan.com.my/mulvec.