Menerusi catatan di akaun Twitter beliau, Perdana Menteri berkongsi khutbah Solat Jumaat hari ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk Kunci Ke Syurga yang menyeru setiap anak mengasihi ibu bapa dengan menunjukkan sikap berlemah-lembut, berbudi bahasa, tidak derhaka dan sentiasa ingat pengorbanan mereka.

“Salam Jumaat. Suka kongsi khutbah hari ini mengenai betapa Islam muliakan ibu bapa. Sentiasalah kita mendoakan sejahtera dan rahmat Allah buat mereka,” menurut Najib dalam catatannya itu.

Dalam petikan khutbah tersebut, memuliakan ibu atau bapa bukanlah dengan memberi harta yang berlimpah-ruah tetapi dengan akhlak yang baik oleh anak-anak dan sikap itu adalah antara ciri-ciri orang beriman yang dicintai oleh Allah SWT.